10 gambar teknologi dalam sukan
1. TITAN TAPE
Phiten X100 Titan Tape Roll merupakan sejenis pita kinesio yang digunakan untuk rehabilitasi semula jadi terhadap otot dan sendi badan kita yang merasakan sakit, tidak selesa atau tegang. Pita ini meresap ketegangan itu dengan "X100 Aqua Titanium Concentration" yang membantu utuk merehatkan otot secara semula jadi dengan menstabilkan tenaga bio-elektrik tanpa menyekat pergerakan badan kita. Kain pita ini mempunyai elastik dan fleksibiliti yang baik untuk memberi keselesaan di sekeliling otot dan sendi kita. Banyak atlet sukan yang menggunakan pita kinesio untuk pengenduran otot dan penyokong otot.
2. NIKE FUELBAND
Nike FuelBand mempunyai beberapa fungsi yang boleh dikategorikan sebagai fungsi jejak aktiviti fizikal. Fungsi-fungsi ini adalah secara peribadi dan membolehkam pengguna untuk memantau aspek kehidupan harian mereka. Salah satu fungsi yang paling penting dalam Nike FuelBand adalah menetapkan matlamat kecergasan harian dengan aktiviti fungsi pengesan fizikal melalui Nike Fuel Points. Nike Fuel Points adalah cara universal Nike dalam mengukur pergerakan seluruh badan sepanjang pelbagai aktiviti. FuelBand ini membantu pengguna menetapkan matlamat Fuel Point harian berdasarkan kepada ketinggian, berat badan, dan perjalanan pergerakan pengguna tersebut. Fuel Band juga mengukur metrik yang lebih khusus dengan mengira berapa banyak unit kalori yang telah dibakar oleh pengguna dalam sehari, dan juga mengesan sesi senaman individu secara berasingan.
3. GP SPORT
GPSPORT merupakan satu teknologi daripada Australia khusus kepada atlet yang mempunyai keperluan yang tinggi dalam aspek daya tahan kardiovaskular. Alat ini adalah seperti baju yang dipakai oleh atlet. Alat ini dapat memberi maklumat tepat tentang atlet dan alat ini juga dapat menggurangkan risiko kecederaan kepada pemain yang memakai alat ini. Alat ini akan beri maklumat terus jika terdapat sebarang kecederaan pada pemain yang memakai pakaian ini. Alat ini juga dapat memberi maklumat tentang keadaan semasa pemain sama ada dalam keadaan baik mahupun tidak. Ukuran data alat ini adalah lebih tepat jika dibandingkan dengan alatan yang lain.
4. TRUSOX
Trusox merupakan satu teknologi yang diletakkan pada stokin. Trusox merupakan pemenang “The Sport Technology” pada tahun 2015 melalui dua kategori iaitu peralatan terbaik dan pakaian techlonogi terbaik (prestasi). Antara kelebihan trusox adalah ia dapat mengelakkan kaki anda dari tergelincir ketika bersukan. Selain itu ianya juga dapat meningkatkan kelajuan, ketangkasan dan keselematan kaki anda. Suarez, pemain bola sepak terkenal antara atlet yang mengakui kehebatan teknologi ini
5. ARMOUR MOUTHWEAR
Armour Mouthwear merupakan satu produk inovasi sukan yang diperkenalkan oleh jenama sukan terkemuka dunia iaitu Under Armour. Ianya merupakan garis inovatif baru yang direka untuk meningkatkan prestasi sukan. Mouthwear Prestasi boleh membantu mana-mana atlet meningkatkan kekuatan, ketahanan dan reaksi masa, mengurangkan tekanan olahraga, dan dengan mouthguard juga, ia mengurangkan kesan daripada pukulan ke rahang.
6. Polar FT1 Heart-Rate Monitor
Monitor kadar jantung ini adalah alat pengukuran kadar jantung dalam masa nyata atau merekodkan kadar jantung untuk kajian yang selanjutnya. Alat ini biasa digunakan oleh atlit pelbagai jenis latihan fizikal. Monitor ini terbahagi kepada dua iaitu satu pemancar tali dada dan satu lagi ialah alat penerima pergelangan tangan(berbentuk jam tangan). Pemancar tali ini diperbuat daripada kain pintar konduktif yang mengandungi mikropemproses untuk menganalisis isyarat EKG untuk menentukan kadar jantung. Salah satu fungsi monitor ini adalah menetapkan zon sasaran berdasarkan "HR-based target zones with visual and audible alarm" Kita boleh menetapkan zon sasaran kita untuk sesi latihan berdasarkan kadar jantung bagi membantu kita dalam menentukan intensiti yang sesuai. Apabila kita berada di luar zon yang ditetapkan sebelum itu, monitor ini akan mengeluarkan isyarat dan bunyi alarm
7. SWIMMING PRO MP3 PLAYER
Alat ini merupakan satu inovasi baru di dalam sukan renang kerana ia mampu memberikan sesuatu kelainan kepada pengemar sukan ini.Swimming pro mp3 player adalah peralatan yang berjaya dicipta oleh gergasi pakaian sukan renang iaitu arena.Syarikat ini berjaya menghasilkan peranti yang boleh di gunakan di dalam ai,ia juga boleh memainkan lagu mp3 serta memiliki beberapa kemudahan lain yang sangat berguna kepada penguna,di lengkapi dengan ruang memory 4gb,boleh di gunakan di dalam air masin dan clorin mampu bertahan sehingga 3 meter di dalam air.Serta memiliki sistem untuk mengira stroke yang dilakukan,jarak berenang di dalam air dan calori yang berjaya di bakar setiap kali berenang.
8. PRO BATTER PX2 PICTHING SIMULATION
Alat ini merupakan alat pertama dalam softball yang di gunakan untuk mempertingkatkan kemahiran memukul bola softball,alat ini di kawal mengunakan skrin sentuh berserta dengan video seolah olah pemain sedang membaling bola ke arah pemukul.alat ini mampu membuat balingan bola dari mesin yang di gunakan boleh di ubahsuai kelajuan bola(60 ke 100 mph),strike zone,lencongan bola. Dengan adanya peralatan seperti ini ia mempercepatkan proses penguasaan teknik membuat pukulan di samping memperbaiki segala kelemahan semasa membuat pukulan dan mengurangkan rasa gemuruh sewaktu membuat pukulan semasa perlawanan sebenar.
9. HAWK-EYE
Hawk-eye merupakan teknologi yang paling kerap di gunakan di dalam setiap sukan pada masa kini,ini kerana alat ini mampu memberikan satu gambaran yang sukar di lihat oleh seseorang manusia.Kegunaan alat ini adalah untuk memastikan sesuatu keadaan di dalam sukan,dengan memilki kecanggihan kamera yang mengawasi setiap apa yang terjadi di dalam sesuatu sukan ia mampu memberikan jawapan yang tepat dalam membuat keputusan.Di dalam sukan bola sepak setiap stadium bertaraf dunia akan di lengkapi dengan 7 kamera Hawk-eye ini bagi mantau setiap pergerakan bola,hawk-eye merupakan syarikat yang pertama mendapat pengitirafan dari FIFA terhadap (GLT)Goal Line Technology,kerana ia terbukit antara yang tertepat menghasilkan keputusan.
10.DRAW-SCALE
Draw scale digunakan untuk mengetahui tahap maksima panjang yang dapat ditarik oleh seseorang atlet memanah. Selepas mengetahui panjang tarikan atlet tersebut, anak panah akan dipotong mengikut panjang yang telah tercatat pada draw scale ini. Setiap individu mempunyai panjang tarikan yang berbeza-beza. Oleh itu alat ini amat membantu atlet mengetahui panjang tarikan busar yang sesuai untuk digunakan.